Followers

gambar

gambar

Thursday 3 November 2011

Diary ku -lelaki

03/11/2011(Khamis.05.16 pm)


-Salam...hari ni aku nak kongsi sedikit tentang  somthing yang wat aku berfikir dengan lama selama ni.Aku ada melihat seorang lelaki ini,wajahnya boleh tahan tetapi bukan itu yang aku fikirkan...Aku teringin nak tahu apa yang sebenarnya yang terdapat disebalik dinding otak mereka.Ya lah lelaki ada 1 syahwat dan 9 akal.Kadang-kadang tindakan yang mereka lakukan luar daripada jangkaan aku.


-one more thing,aku teringin nak tahu kenapa seorang lelaki itu berfikir yang mereka jauh lebih kuat daripada perempuan?Kiranya,banyak sangat persoalan yang terbuku dalam minda aku nie..sampaikan aku memilih satu subjek kajian aku seorang kawan aku sendiri.Hem...pelik kan aku ni?hahaha...


-satu lagi...aku tahu lelaki suka cakap benda yang sebaliknya daripada apa yang mereka fikirkan tentang kita tapi kenapa ek??


korang jawablah sendiri!see you!

Tuesday 1 November 2011


diary ku - Tenang

1/11/2011(11.42pm)
-Salam,hari nie aku menjalani hidup seperti biasa pergi ke sekolah dan belajar,Namun ada sesuatu yang membuatku berasa aneh dengan diriku,Malah aku merasakan ada yang kurang didalam kelas kami.Ya Allah aku sudah tau apakah yang kurang didalam kelas 5 nasaio tersebut....Ketiadaan dia membuatkan aku berasa hairan.Aku ceritakan pada sahabatku amirah bahawa aku dah lama tidak memikirkan pasal si dia tetapi dengan tiba-tiba sahaja dia muncul didalam mimpiku.


-Amirah menyatakan bahawa selalunya kalau kita mimpi orang tu sedangkan kita tidak pernah memikirkan tentang si dia,itu bermakna dia yang memikirkan tentang kita..Hatiku berbolak-balik tidak tahu sama ada mahu percaya atau tidak...Dalam masa yang sama,aku berasa gembira namun hatiku berdegup kencang dengan pernyataan itu..Memandangkan aku percaya bahawa jodoh dan pertemuan itu datangnya daripada Allah,tidak salah kiranya aku hanya memandang perasaan ini sambil lewa sahaja (tidak endah)melihat dari sudut usia pula,rasanya belum masanya lagi untuk ku buka pintu hati ini.Jiwa remaja sudah tentu dipenuhi bara tetapi mengapa tidak kita lembutkan jiwa kita dengan keyakinan yang mendalam kepada Allah s.w.t...


-Aku tidak mahu terus berharap...kerana dengan berharaplah akan menghancurkan jiwaku yang halus ini.Mudah-mudahan...Allah memberikan hambanya petunjuk. Amiin....