Followers

gambar

gambar

Saturday 29 October 2011

diaryku...SPM tiba lagi

29-10-2011(12.54pm)
-salam,agak keterlaluan gak aku tulis diary kat sini.lagi un aku dah xde tempat nak coret lagi segala luahan rasa yang terbuku di hati ini...tapi untuk hari ini aku hanya mahu meluahkan semuanya tentang apa yang aku lihat,apa yang aku rasa dan apa yang mereka semua rasakan.
-cerita bermula ketika aku di sekolah.Semua pelajar tingkatan 5 sibuk dengan tugas masing-masing.Kami sibuk mengumpul markah kokurikulum.Resah yang selama ini tidak pernah ada dalam kamus hidup ku selama aku bergelar seorang pelajar,mula menjalar disetiap urat sarafku.Tubuhku bergetar memerhatikan semua ini.
-Argh!!!Hatiku menjerit namun aku tidak pasti adakah mereka yang mendengar jeritan ku ini?Sudah tentu tidak kerna mereka juga pelajar yang sama seperti ku.Aku mula sedar bahawa aku harus melakukan sesuatu.Aku semakin sedih memandang diriku yang semakin hari semakin dihimpit kesengsaraan dosa2 silamku.
Ya Allah...Adakah engkau terima doa seorang pendusta sepertiku ini dikala aku membutuhkan Mu saat ini?Spm semakin hampir,aku semakin ragu dengan diriku sendiri.Banyak persoalan yang bermain difikiranku.Namun tiada satupun diantara persoalan tersebut yang berjaya dijawab...Walaupun dengan diriku sendiri.aku semakin takut dengan (janjiNya)...

No comments:

Post a Comment