Followers

gambar

gambar

Tuesday 31 January 2012


memang saya nafikan bahawa saya juga merasakan yang sama (Cinta)...

Diary-Betul atau tidak??

Assalamualaikum...
 wahai diari ku hari ini aku terkejut bila sahabatku Alifah memberi tau ku bahawa sekiranya kita bersetuju apabila orang itu melamar kita untuk menjadi suri hidupnya sudah dikira bertunang dengannya.Jadi aku teringat semula apa yang aku message ngan dia...


adakah aku dan dia kini dikira bertunang?Subhanallah kiranya benar maka jodohkanlah kami.hehehe tetapi aku tidak mahulah mengharap sangat cukuplah hati aku dah sakit time f4 lepas.dan kalu boleh aku tidak mahu semua ini berulang kembali.Hem Ya Allah demi Allah aku tidak mengetahui perkara ini jika tidak aku akan lebih berhati2 dalam setiap tutur kataku.hem


teruknya sikap aku.Hem Ya Allah hari ini aku menelefon dia untuk memberitahu tentang perkara ini tetapi setiap kali aku cuba menghubunginya dia tidak menjawab panggilanku.Jika benar semua ini aku sudi untuk bertunang dengannya jika dia benar-benar inginkan aku untuk melengkapi kehidupannya.Ini semua atas keizinan dan restu orang tua ku.Aku berharap agar mereka merestui perhubungan kami.Soal usia tidak menjadi masalah sedangkan usia Nabi Muhammad S.A.W jauh lbih muda jika nak dibandingkan dengan Siti Khatijah isterinya yg tercinta.


Aku yakin usia bukanlah satu faktor penghalang untuk kebahagiaan sesebuah perkahwinan tetapi toleransi dan sikap dalam diri masing-masing itulah merupakan faktor utamanya..Aku berharap agar mendapat respon dan comment daripada pembaca ..mohon sidang dewan untuk terus mencadang..:P Wallahualam

Monday 30 January 2012



Ya Allah...Amat berat hatiku rasa untuk kali ini...Aku meminta agar engkau tabahkanlah hatiku untuk terakhir kalinya dalam menempuhi liku kehidupan didunia ini...Kerna ku x sanggup berhadapan denganMu dalam keadaan yang memalukan...Dalam keangkuhan...

Diary-Dia

30/1/2012


Assalamualaikum...aku macam x percaya yg hari ini aku akan bertemu dengannya.Aku meletakkan tanganku ke atas kepalaku lantas berdikir "benarkah apa yang aku lakukan ini Ya Allah??" Demi Allah aku tidak berniat lain selain hanya keranaNya..Dalam masa yang sama aku amat bahagia berjalan bersama-samanya hari ini.Hem..


Aku tidak tahu apa yang hendak terjadi dengan aku.Malam ini aku berfikir semula tentang peristiwa petang tadi.Lalu aku mendongak ke langit lantas hatiku berbisik " Adakah ini dikira zina hati ya Allah?"Bisik hatiku
Selama ini aku ada juga merasakan hal yang sama demi Allah memikirkan Nya juga ku rasa zina...Hem tau dia tidak halal bagiku kerna dia bukan muhrimku tetapi aku hanya mengajak dia untuk belajar Ya Allah..


Aku sememangnya begini,walaupun baru sekali aku keluar dengan dia,aku dapat merasakan bahawa seisi dunia sedang mengutukku dan mengatakan " Engkau melanggar perintah Allah"tapi kenapa aku sahaja yang mendengarnya??Ya Allah jika ianya berdosa aku tidak mahu ini berterusan kerna aku takut dengan kemurkaanMu diakhirat kelak aku takut ianya menjadi fitnah untukku.


Oleh itu hanya padaMu hamba meminta agar jadikanlah ianya halal untukku...Amiin Ya Rabbal Alamin..Aku tidak mahu terus berjanji kerna janjiku yang dulu masih kuat dan utuh ditanganMu aku juga tidak mahu berdusta kerna engkau amat membenci orang berdusta jadi biarlah aku berdiam diri tanpa memberi harapan kepadanya agar dia mengerti mengapa aku melakukan yang sedemikian...wallahualam...



Sunday 29 January 2012

diari ku-Bahagia

29/1/2012
   Assalamualaikum...setelah sekian lamanya saya tidak menulis,rindu pula rasanya untuk menulis semula kisah kehidupan ini.Alhamdulillah saya telah dijemput oleh guru debat saya iaitu abang anep untuk menjadi juri di samten pada 27 januari dan 28 januari.pada saya ini merupakan satu penghormatan dan saya berasa amat terharu kerana diberi peluang dan kepercayaan untuk menjadi juri kepada junior debat kelmarin.


kalau diikutkan saya tak layak pun untuk bergelar juri sedangkan saya masih baru dalam dunia perdebatan ini.Saya berterima kasih kepada semua  pasukan debat sekolah senior saya Abang Faiq,dan abang Anep,tidak lupa juga kepada kak Afiqah, adik2 junior iaitu Wan Azizul Hakim,Muhammad Fikri Isnin dan trima kasih utk pizzah yg abg Anep blanjakan


hehehe...izzah bahagia sgt dapat jumpa korang semua.rasa seperti izzah kembali semula dalam arena perdebatan itu.Perbalahan yg menyeronokkan.dan rasa cam Ya Allah klu bley aku xnk pergi dri skolah ni...sdey meninggalkan skolah.xpernah un rasa cinta kat skolah sblum ni.Ini first time jatuh cinta kat skolah.hehhe apa2 un thanks utk korg smua.I love you All debaters skolah!!! >_<

Wednesday 11 January 2012



Cintaku padaMu Ya Rasulullah...tak akan pernah luntur walaupun utk seketika...Walaupun aku sudah bertemu dengan jodohku...dan niatku hanyalah kerna Allah dan ingin menjalankan sunnahMu...Janganlah kau berpaling dariku ya Rasulullah...

Diary-Siapa yang aku pilih??

11/1/2012
  
YA ALLAH...aku sanggup berkorban apa sahaja demi Mu...Aku sanggup walaupun nyawa ku dijadikan galang gantinya...Tapi sekrang aku berasa amat keliru...Keliru...perasaan yang dahulunya kembali mengahntui fikiranku..Seandainya aku seekor burung...aku pasti tidak mampu terbang ke langit kerna sayapku yang patah.begitu juga dgn situasi sekarang...aku masih lagi tidak mampu utk menerima kehadiran insan bernama lelaki.Namun kli ini semuanya berubah..Siapakah yang aku pilih???


Adakah semua ini kau lakukan supaya aku tidak menghindari fitrah yang telah kau cipta utk setiap manusia dimuka bumi ini?atau adakah kehadirannya sekadar utk menguji keimanan ku Ya Allah?Berilah hambamu ini petunjuk..sungguh perasaan bersalah ini membuat aku berasa tidak selesa.sampai bilakah aku harus menahan rasa sakit dek parut yang kekal dalam lubuk hati ini??Astagfirullahalazim...


kabur pandangan mataku pada nikmat yg menggunung....aku sering leka!sering terlupa YA ALLAH...:'(



Tuesday 3 January 2012


diari-jatuh cinta

2-1-2012(Selasa)
 Hari ini...aku rasa debaran di dadaku berdetak amat laju.aku x pasti apakah perasaan itu.apa sebenarnya...dari pandangan jauh turun ke hati.Bukankah aku dah berjanji tidak mahu merasakannya lagi??tapi knp??Aku tak percaya bahawa dia berjaya mencuri hatiku sejak hari pertama lagi aku melihat dia.sorang yg rajin solat...bekerja sbagai wetress dan merupakan sorg pelajar tingkatan 3.


tpi knp dia??ha3 aku terlalu tua utk dia.mimpi aku terlalu tinggi shingga x tercapai.knp aku hrus bermimpi..tpi aku amat berharap yg aku akan trus bermimpi...jumpa dgnnya selalu.top3 dia berhenti berkerja.sangkaan aku smuanya benar.kami akhirnya berkwn dgn lbih rapat...aku x berharap utk dia terima aku tpi aku berharap klu benar jodoh x akan kemana....Insya Allah..inilah yg terakhir utk aku jtuh cinta..aku nk terus terbang utk mencapai mimpi indah kali ini...