Followers

gambar

gambar

Friday 16 December 2011


diary-tangisan

14/12/2011
     takkan pernah aku lupa tarikh keramat ini.Semua kenangan telah terukir indah didada ku.Namun dadaku penuh dengan persoalan..."adakah ini yang terakhir kalinya aku bersama mereka semua??Pandanganku lempar ke luar memerhatikan alam ciptaan ilahi tersergam indah tiada tandingan.Kami memulakan perjalanan ke PD .Aku mengikuti perkhemahan ini adalah untuk mengisi ruang kosong didalam hatiku ini sebelum aku berlalu pergi...Dan kenangan ini x akan aku lupakan walaupun sebentar.tinggal bersama-sama mereka,mengenali diri mereka yang sebenar...aku rasa cam bahagia dan thanks ssgt sbb aku diberi peluang utk melihat mrk wat kli terakhir....
  aku doakan mereka berjaya...di dunia dan diakhirat..mungkin hri ini kita berpisah...namun sekiranya pertemuan itu ada maka aku harapkan agar mereka tak melupakan ku,...I will missed it.... :'(

Saturday 10 December 2011

New Diary-Dialog [Seram]

Judul :DREAM'S
Penulis : Wan Nurul'Izzah Binti Wan Ali


BOM!!Bunyi satu dentuman yang kuat telah menarik perhatianku.Kali ini jauh lebih kuat daripada semalam.Aku sekali lagi terpaksa mencari dari manakah datangnya bunyi dentuman tadi.Kerja aku tertunda sekali lagi gara-gara bunyi pelik yang menganggu suasana kerja ku.

sebagai seorang kartunis,aku seharusnya menyiapkan kerja ni secepat mungkin sebelum tarikh deadline,tapi semakin aku cuba untuk menyiapkannya semakin terganggu aku dibuatnya.

Ikito : Apa pula kali ini?Aku tak mungkin berjaya menyiapkan semua kerja aku yang tertunda ini!Argh!!Kacau
          je!

Aku berjalan menuju kearah pintu.Semakin hampir aku dengan pintu,semakin kuat debaran jantungku.Bulu roma ku berdiri tegak.

Ikito : [Memegang dadanya yang lebar] Asal aku rasa cam tak sedap hati je?

Tanganku memulas tombol pintu dan....

Iyuri : Surprise!!!Selamat hari jadi Ikito.

Ikito : [Menjerit] sayang,kenapa buat macam ni?Tak baik tau.Kalau I mati,siapa nak kawin dengan U??

Iyuri : Ala...Sorry,I just nak U happy.Itu jerk.

Ikito : Hahaha...Janganlah sedih I faham.Thanks sebab U bersusah payah buat semua ni untuk I...Tapi,lain
          kali,buat biasa-biasa sudah cukup.I tahu U sayangkan I.

Iyuri : Baik sayang.Nah tiuplah lilin tu nanti cair susah pulak.I harap U hidup bahagia dan panjang umur.

Ikito : Terima kasih.

Kehadiran Iyuri amat mengejutkan.Namun semua yang berlaku ini masih belum cukup untuk membuat aku berasa tenang.Betulkah bunyi tadi tu Iyuri yang buat?Impossible!Aku buat keputusan untuk bertanya

Ikito : Iyuri...

Iyuri : Sayang sekejap ye I nak tumpang tandas boleh?

Ikito : Baiklah.

Mataku menghantar Iyuri sampai ke pintu tandas.Iyuri tersenyum kearahku..lalu dia masuk kedalam tandas.

Iyuri : AAAAAAA!!!!!!

Ikito  : IYURI!!!

Aku bergegas ke tandas namun pintunya terkunci dari dalam.Perasaanku aneh.Iyuri hanya diam dan tidak meneruskan jeritannya lagi.Tetapi kenapa?Munngkinkah ini sekadar permainan baginya?

Ikito : Iyuri...Awak ok??

Iyuri : ...................

Ikito : [menendang pintu tandas] Yuri!!!

Psst  : Kalau awak nak dia semula,ikut saya.HAHAHAHAHA!!!

Ikito : SHIT!! Let her go!

Psst  : HAHAHAHAHA!

"TING TONG!"Loceng berbunyi.Aku terjaga daripada lena.

Ikito : Pergh!Seram gila mimpi tadi! [bangun dari katil dan terus ke ruang tamu]

BOM!!

Ikito : Huh?![berlari ke stor lalu mengambil sebilah kapak dan menuju ke tandas]

Iyuri : Sayang!! bukak pintu ni..

Aku terbungkam apabila melihat......


Bersambung.....

Thursday 8 December 2011


this song i give too all my best friends...Please Enjoy it.

Wednesday 7 December 2011

Diary-Bebas

Dear diary...
 -Hari ini aku x tulis cam biasa.tulisan senget.Seriusly akun rasa tenang dan gembira bila pekse dah tamat.Pada pandangan aku thun ni nyew soalan agak r 'menakjubkan'....Nasib baek r.Hati aku agk gembira dan terlalu excited nk sekolah.dalam masa yang sama aku agak sedih sebab aku akan kehilangan kawan2 aku.kami semua akan terpisah jauh,


-aku x mengharap apa2 hadiah dari dorg(klu nak bgi xpe) -_- tpi aku hrp dorg igt aku sampai akhir hayat.

Thursday 3 November 2011

Diary ku -lelaki

03/11/2011(Khamis.05.16 pm)


-Salam...hari ni aku nak kongsi sedikit tentang  somthing yang wat aku berfikir dengan lama selama ni.Aku ada melihat seorang lelaki ini,wajahnya boleh tahan tetapi bukan itu yang aku fikirkan...Aku teringin nak tahu apa yang sebenarnya yang terdapat disebalik dinding otak mereka.Ya lah lelaki ada 1 syahwat dan 9 akal.Kadang-kadang tindakan yang mereka lakukan luar daripada jangkaan aku.


-one more thing,aku teringin nak tahu kenapa seorang lelaki itu berfikir yang mereka jauh lebih kuat daripada perempuan?Kiranya,banyak sangat persoalan yang terbuku dalam minda aku nie..sampaikan aku memilih satu subjek kajian aku seorang kawan aku sendiri.Hem...pelik kan aku ni?hahaha...


-satu lagi...aku tahu lelaki suka cakap benda yang sebaliknya daripada apa yang mereka fikirkan tentang kita tapi kenapa ek??


korang jawablah sendiri!see you!

Tuesday 1 November 2011


diary ku - Tenang

1/11/2011(11.42pm)
-Salam,hari nie aku menjalani hidup seperti biasa pergi ke sekolah dan belajar,Namun ada sesuatu yang membuatku berasa aneh dengan diriku,Malah aku merasakan ada yang kurang didalam kelas kami.Ya Allah aku sudah tau apakah yang kurang didalam kelas 5 nasaio tersebut....Ketiadaan dia membuatkan aku berasa hairan.Aku ceritakan pada sahabatku amirah bahawa aku dah lama tidak memikirkan pasal si dia tetapi dengan tiba-tiba sahaja dia muncul didalam mimpiku.


-Amirah menyatakan bahawa selalunya kalau kita mimpi orang tu sedangkan kita tidak pernah memikirkan tentang si dia,itu bermakna dia yang memikirkan tentang kita..Hatiku berbolak-balik tidak tahu sama ada mahu percaya atau tidak...Dalam masa yang sama,aku berasa gembira namun hatiku berdegup kencang dengan pernyataan itu..Memandangkan aku percaya bahawa jodoh dan pertemuan itu datangnya daripada Allah,tidak salah kiranya aku hanya memandang perasaan ini sambil lewa sahaja (tidak endah)melihat dari sudut usia pula,rasanya belum masanya lagi untuk ku buka pintu hati ini.Jiwa remaja sudah tentu dipenuhi bara tetapi mengapa tidak kita lembutkan jiwa kita dengan keyakinan yang mendalam kepada Allah s.w.t...


-Aku tidak mahu terus berharap...kerana dengan berharaplah akan menghancurkan jiwaku yang halus ini.Mudah-mudahan...Allah memberikan hambanya petunjuk. Amiin....

Sunday 30 October 2011

so jangalah biarkan diri kita bertepuk sebelah tangan.tapi berusahalah utk mencapai impian kita demi kebahagiaan

diary ku -Rindu

30/10/2011(10.45pm)
-Salam...hari ni merupakan hari yang amat memenatkan.Firtsly,aku ikut family aku pergi ceramah then aku bknnya masuk dan dgr pun apa yang ayah aku sampaiikan kat dalam bilik tu aku berpaling ke bilik lain lalu terlelap disitul.Buku yang aku bwk seolah-olah hanyalah alasan utk mendapatkan kepercayaan kedua org tuaku...Hem,aku tau mereka meletakkan harapan yang tinggi padaku,Tapi....aapakah aku mampu utk memikul impian mereka dan menukarkannya menjadi realiti?


-Semua rakanku menyatakan bahawa aku boleh lakukan yang terbaik buat mereka.Namun aku takut harapan itu bertukar menjadi sebaliknya.Apakah akan kekal hubungan kami baik sebegini..Dalam kerumitan ini tetiba je aku menerima satu panggilan yang tidak tahu siapakah tuan yang memiliki nombor tersebut.Saat aku mengangkatnya..Jantungku berdegup dengan pantas.Debaran yang telah lama hilang kembali semula.Mataku sayu hatiku pilu  mendengar suaranya.Ya aku akui pemilik nombor itu merupakan seorang jejaka.dan aku tidak nafikan bahawa bertapa rindunya aku pada jejaka itu.


-Dia bertanya kalau2 aku masih kenal dengan suaranya.Aku hanya tersenyum.Masakan aku lupa pemilik suara yang pernah bertahta dihatiku 2 tahun yang lalu.Aku akui bahawa akulah penyebab terputusnya hubungan kami atas alasan bahawa aku ingin memberi tumpuan terhadap pelajaranku.Dia juga masih menungguku.Jejaka 'A' itu memberitahuku bahawa dia sudah banyak kali menelefon ku namun tidak dapat.Akhirnya dia dapat tahu dari sahabatku bahawa aku sudah pun menukar nombor telefon.


-Hatiku bercampur baur.Perasaan bersalah masih lagi menyelubungi jiwaku.Aku tak menyangka bahawa masa begitu pantas berlalu.Kadang-kadang aku menyesal 'yang dikendong dilepaskan dan yang dikejar berciciran' pada waktu itu aku terlalu mencintai sesorang yang lain sehingga aku sanggup menyakiti hatinya.Namun dia terima kerna dia masih berpegang dengan kata-kataku bahawa kalau dah jodoh tak akan kemana.


-Akhir perbualan kami dia mendoakan agar aku menemui pasangan yang mampu menyangiku dan menjagaku..aku mengucapkan tahniah atas pertunangannya itu.Selepas itu telefon kami matikan.^_^ aku tlepaskan dikau kelangit bebas seperti burung merpati yang lain.....


semoga kau bahagia jejaka 'A'....

Saturday 29 October 2011

diaryku...SPM tiba lagi

29-10-2011(12.54pm)
-salam,agak keterlaluan gak aku tulis diary kat sini.lagi un aku dah xde tempat nak coret lagi segala luahan rasa yang terbuku di hati ini...tapi untuk hari ini aku hanya mahu meluahkan semuanya tentang apa yang aku lihat,apa yang aku rasa dan apa yang mereka semua rasakan.
-cerita bermula ketika aku di sekolah.Semua pelajar tingkatan 5 sibuk dengan tugas masing-masing.Kami sibuk mengumpul markah kokurikulum.Resah yang selama ini tidak pernah ada dalam kamus hidup ku selama aku bergelar seorang pelajar,mula menjalar disetiap urat sarafku.Tubuhku bergetar memerhatikan semua ini.
-Argh!!!Hatiku menjerit namun aku tidak pasti adakah mereka yang mendengar jeritan ku ini?Sudah tentu tidak kerna mereka juga pelajar yang sama seperti ku.Aku mula sedar bahawa aku harus melakukan sesuatu.Aku semakin sedih memandang diriku yang semakin hari semakin dihimpit kesengsaraan dosa2 silamku.
Ya Allah...Adakah engkau terima doa seorang pendusta sepertiku ini dikala aku membutuhkan Mu saat ini?Spm semakin hampir,aku semakin ragu dengan diriku sendiri.Banyak persoalan yang bermain difikiranku.Namun tiada satupun diantara persoalan tersebut yang berjaya dijawab...Walaupun dengan diriku sendiri.aku semakin takut dengan (janjiNya)...