Followers

gambar

gambar

Tuesday 31 January 2012

Diary-Betul atau tidak??

Assalamualaikum...
 wahai diari ku hari ini aku terkejut bila sahabatku Alifah memberi tau ku bahawa sekiranya kita bersetuju apabila orang itu melamar kita untuk menjadi suri hidupnya sudah dikira bertunang dengannya.Jadi aku teringat semula apa yang aku message ngan dia...


adakah aku dan dia kini dikira bertunang?Subhanallah kiranya benar maka jodohkanlah kami.hehehe tetapi aku tidak mahulah mengharap sangat cukuplah hati aku dah sakit time f4 lepas.dan kalu boleh aku tidak mahu semua ini berulang kembali.Hem Ya Allah demi Allah aku tidak mengetahui perkara ini jika tidak aku akan lebih berhati2 dalam setiap tutur kataku.hem


teruknya sikap aku.Hem Ya Allah hari ini aku menelefon dia untuk memberitahu tentang perkara ini tetapi setiap kali aku cuba menghubunginya dia tidak menjawab panggilanku.Jika benar semua ini aku sudi untuk bertunang dengannya jika dia benar-benar inginkan aku untuk melengkapi kehidupannya.Ini semua atas keizinan dan restu orang tua ku.Aku berharap agar mereka merestui perhubungan kami.Soal usia tidak menjadi masalah sedangkan usia Nabi Muhammad S.A.W jauh lbih muda jika nak dibandingkan dengan Siti Khatijah isterinya yg tercinta.


Aku yakin usia bukanlah satu faktor penghalang untuk kebahagiaan sesebuah perkahwinan tetapi toleransi dan sikap dalam diri masing-masing itulah merupakan faktor utamanya..Aku berharap agar mendapat respon dan comment daripada pembaca ..mohon sidang dewan untuk terus mencadang..:P Wallahualam

No comments:

Post a Comment